Monday 19 September 2011

Aku tengah menjalankan kajian kenapa aku debab.... Mungkin ini sebab-sebabnya...

1.                  Aku tak bersenam. Aku bersenam 3 kali je setahun.
2.                 Aku tamak, dah kenyang pun aku sumbat gak makanan kat mulut. Kononnya tak nak bazir makanan la bila dah beli makan banyak-banyak kat pasar malam.
3.                 Aku baca doa time makan, tapi aku tak faham erti dan tujuan doa tu.
4.                 Aku banyak menikmati, tapi aku kurang mensyukuri. Nak makan sedap-sedap tapi bila nak solat, aku lewat-lewatkan waktu. Solat sunat? Jangan harap...Kita makan kan untuk tenaga? Apa salahnya tenaga tu digunakan untuk jariah? Haiiihhhhh....
5.                 Aku simpan duit aku dalam akaun conventional sedangkan berlambak je bank-bank yang sediakan akaun berkonsepkan Islamic.
6.                 Aku beli makanan untuk diri aku je, tapi aku tak pernah hadiahkan makanan untuk adik beradik ke, mak abah ke, sedara mara ke... Kalau ada pun, boleh bilang dengan jari berapa kali aku belanja. Weeeeeeeeee!!!! So, dekat sini aku dah ada sifat kedekut, pasal tu poket perut ni penuh.
7.                 Masa aku makan dengan kawan-kawan, kami buka topik kutuk mengutuk orang. Rupanya makanan-makanan yang kami makan itu dihiasi dengan dosa-dosa yang penuh kolestrol.
8.                 Aku tak jaga kebersihan diri. Sebab tu, setan suka dekati aku. Maka aku sentiasa dilatih untuk jadi malas.
9.                 Rupanya aku tak berzakat. 1/40 daripada duit aku adalah hak milik asnaf. Asnaf sengsara sebab tak dapat hak mereka. Aku pun turut sengsara dengan penderitaan penyakit-penyakit sama seperti golongan fakir miskin. Bezanya diorang sakit sebab tak cukup makan, aku plak sakit terlebih makan.
10.             Aku jarang bertaubat dan minta maaf kat orang serta makhluk Allah yang lain. Berat badan bertambah sebab badan penuh dosa.
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Hormati Mereka Yang Lebih Tua

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog sy dan baca entri ;)

Sejak kecil kita memang sudah dididik untuk menghormati ibu bapa sebab mereka lah yang dah berkorban untuk membesarkan kita. Ingat senang ke nak besarkan anak nak nak lagi kalau masih bayi. Huish susah tau!


Sejak kecil sy dah diajar, tiap kali nak keluar rumah pergi sekolah ke bandar ke (kecuali pergi kedai runcit) mesti salam mak dengan abah. Yelah, bukan kita minta apa-apa kan. Tapi kalaulah itu kali terakhir korang salam mak dengan bapa korang macamana? Tak ke haru jadinya?

Bukan dengan ibu bapa kita aje kita kena hormat. Kita pun kena hormat dengan mereka yang lebih berusia. Selalu sy nampak kalau orang tua-tua duduk bersembang, main selamba aje berjalan depan dorang. Gile hape! Tunduklah dan kata "mak cik, pak cik saya lalu yee.." Tak lah dikata kurang ajar.

Oit, oit lagi. Jangan nak gatai tekak tinggikan suara bila bercakap dengan orang tua ye. Yang tu dah sah-sah boleh dipanggil kurang ajar, takde adab. Perlahankan suara itu, jangan sampai mereka tersinggung.

Dah namanya hormat bila dengan orang tua. So, tak kisahlah sekalipun dia bukan beragama Islam, korang tetap juga kena hormat. Jangan nak tunjuk belang. Kesimpulannya, janganlah jadi anak yang derhaka kepada orang tua. Hormati yang tua, sayangi yang muda..
ayat-ayat power lepas kawin..


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


KELEBIHAN KAUM HAWA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Punca hubungan tak tahan lame

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan                                   
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Monday 12 September 2011


Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Setiap blogger akan mempunyai blog pilihan yang akan mereka baca setiap hari. Tidak kisah samada ianya adalah blog antarabangsa mahupun blog tempatan, mereka akan membaca artikel-artikel yang diterbitkan sebagai juadah bacaan harian mereka.
Saya juga mempunyai beberapa buah blog yang saya baca dan ikuti setiap hari. Ada di antaranya merupakan blog bersifat peribadi, teknologi dan ada juga blog yang menyentuh isu-isu semasa serta politik.
Di sini, saya kongsikan bersama anda blog-blog tempatan menarik yang menjadi pilihan saya:
  • Tentang Cinta – Oh…sudah pasti jika anda adalah seorang yang jiwang, atau sedang dilamun cinta, anda akan mengikuti blog ini. Blog yang fokus kepada artikel-artikel dan tips-tips cinta ini diwujudkan oleh pasangan yang menggelarkan nama mereka sebagai Mr & Mrs Teddy. Sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tentang Cintaturut diwujudkan bagi memudahkan pembaca untuk bertanyakan masalah dan membantu pembaca lain yang memerlukan pertolongan dalam percintaan.
  • Che Det – Siapa yang tidak kenal blog ini. Blog mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya suka membaca blog beliau kerana apa yang beliau tuliskan di blognya mempunya fakta-fakta yang menyokong pendapat beliau sendiri. Bermaksud, beliau bukan hanya bercakap kosong. Isu masalah dunia yang dikupaskan oleh beliau sedikit sebanyak membuka mata kita tentang apa yang berlaku pada dunia kita sekarang ini.
  • Hanis Zalikha – Ada siapa-siapa di sini yang kenal Hanis Zalikha? Beliau merupakan seorang model yang juga seorang blogger di Ini Belog Saya. Yang menarik mengenai blog beliau adalah gaya penulisan yang sangat-sangat sempoi dan menarik untuk dibaca. Walaupun gaya penulisannya tidaklah formal, tetapi cerita yang disampaikan dalam setiap artikel yang ditulis akan membuatkan pembaca untuk membaca dan terus membaca. Oh ya, mungkin juga kerana saya tertarik dengan beliau sendiri… ^_^
  • Hidup Biar Sedap – Sebuah blog yang ditulis oleh seorang ibu yang bernama Kak Jie atau lebih mesra dikenali sebagai Kujie. Blog ini lebih fokus kepada pendapat peribadi beliau dalam dunia blog disamping menyentuh isu-isu semasa yang berlaku di dalam tanah air. Beliau juga merupakan orang yang disegani dalam GengBlogger.
  • Amanz Network – Blog teknologi yang dikendalikan oleh saudara Aman. Aman merupakan rakan blogger yang saya kenal (tetapi tidak pernah jumpa) semasa WeblogsCenter wujud di sekitar tahun 2005-2006 yang lalu. Blog beliau lebih memfokuskan kepada komputer, gadget, teknologi dan dunia Internet.
  • Oh Tidak! – Blog yang sangat-sangat santai dan mempunyai gambar-gambar yang menarik dan juga “panas”. Isu yang diketengahkan adalah unik kerana belum pernah lagi saya melihat blog tempatan yang bertemakan seperti blog Oh Tidak! ini. Cuma satu sahaja yang saya tidak suka adalah, iklan di blog tersebut yang terlampau banyak dan serabut.
Itulah di antara blog-blog tempatan yang saya baca dan ikuti setiap hari. Sebenarnya, ada banyak lagi. Lebih kurang 150 blog tempatan (yang ditulis dalam bahasa Melayu) yang saya baca, seperti TopotatoInfoMalayaBlog Aku dan lain-lain lagi. Tetapi inilah di antaranya yang saya rasakan menarik dan ingin berkongsi dalam entri untuk tahun baru ini.
Anda pula bagaimana? Blog apakah yang anda baca setiap hari?

Top 100 blog Malaysia yang aku kenal

Riceblogger.com telah menyenaraikan 100 blog paling popular diMalaysia, berdasarkan kiraan blog tersebut melalui ranking Alexa dan technorati. Ini bukanlah suatu penilaian yang paling tepat tetapi suatu usaha yang sangat baik untuk menetapkan ranking dikalangan berjuta blog di Malaysia.
Berikut adalah antara blog yang aku kenal dikalangan Top 100 Blog Malaysia :
4. Paul Tan (aku sering jadikan rujukan untuk berita automotif terkini)
5. Kennysia (Pernah dicalonkan weblog popular 1Malaysia)
6. Atniz (Pernah komen kat blog Denaihati)
8. EmilaYusof (Blog yang penuh dengan seni dan aku pernah jadi sponsor beberapa contest yang dianjurkan)
10. Tekkaus (Pernah singgah dan komen di denaihati)
11. Justkhai (Pernah join contest weblog popular 1Malaysia)
40. Knizam (Pernah bertwitter dengan beliau)
54. Hasbullah.pit (Aku pernah iklan kat blog beliau)
92. Topotato (Peserta contest HIdup Berani Untuk Gagal)
Senarai penuh Top 100 Blog Malaysia @ Rice Blogger. Aku dah lama daftarTechnorati tapi belum diluluskan lagi, insyalah seminggu dua lagi ok lah tu kot. Teman-teman dah daftar ke? Kalau belum jom daftar @ Technorati mana lah tahu ada rezeki boleh masuk Top 100 blog Malaysia.
@Kak jie dah daftar Technorati ke? Kalau dah pasti tak lama lagi masuk Top Ranking tu.
@contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sudah tinggal sejarah. Terima kasih kepada semua yang join dan yang tolong promosi. Tunggukan keputusannya tidak lama lagi…..tunguuuu ….HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
~penGOMEL pertama~