Monday 5 September 2011

arnab kuat mkn ???
ohhh tidakkk
pokai laa sy mcm ni -..-


Seperti manusia, kuantiti makanan yang diambil oleh arnab bergantung kepada saiz badan, jantina dan juga umur. Jika arnab berbaka besar, sedang dalam peringkat pertumbuhan, bunting atau menyusukan kuantiti makanan adalah besar. Dan kalau sebaliknya jumlah pengambilan juga sedikit. Faktor persekitaran juga adalah salah satu faktor, jika arnab yang dikurung didalam sangkar yang kecil, dipercayai arnab akan kuat makan. Jadi jika arnab anda dikurung didalam sangkar bekalkan blok kayu, hay  atau permainan untuknya. Kerana arnab yang bosan hanya akan mengabiskan masanya dengan makan, makan dan makan.
Didalam rabbitry kecil, diet yang Lb amalkan adalah Oxbow Pellet, Hay , sayuran dan sesekali Buah dan bijirin organik sebagai makanan ringan dan tambahan. Untuk mengetahui DiEt yang baik untuk arnab dah Lb catatkan didalam Page Penjagaan Asas. Didalam Rabittry mini Lb terdapat 3 ekor Arnab yang telah mencapai umur matang.
Jika mengikut pro, sukatan yang pelet yang  dicadangkan adalah seperti berikut;

Berat Arnab
Dalam Pounds


1 Tahun Kebawah
( Tahap Pembesaran )

1 Tahun keatas
( Arnab Matang)

1-3
Tanpa Had
1/8 cawan
4-7
Tanpa Had
¼ ke 1/3 cawan
8-10
Tanpa Had
1/3 ke ½  cawan
10+
Tanpa Had
¾  cawan
*** Jadual tersebut berdasarkan sukatan yang dicadangkan oleh OXbow Hay Company  
Bagi Lb pula, Lb memberikan lebih kurang 1/2 cawan kepada setiap arnab LB setiap hari. Ini bergantung juga kepada cuaca, jika musim hujan jumlah ini mungkin bertambah. Disamping itu Hay adalah penting didalam rabittry Lb. Lb memberikan ekses hay yang berterusan kepada arnab LB. Bagi diet sayuran segar, Celery dan Bok Choy menjadi pilihan LB. Kadar yang diberikan adalah 1/2 cawan bagi setiap arnab dan diberikan berselang hari dan berjadual. Capuran bijirin seperti Oat dan barli juga diberikan selang sehari sebanyak 1 sudu kecil juga berselang hari. Pada hujung minggu arnab arnab LB akan diberikan 1/4 buah buahan sama ada betik, nenas, apple ( dibuang tangkai biji dan dikupas kulit) atau melon.
Harus diingat sukatan diet yang Lb berikan adalah kepada arnab Lb yang matang, dan bukan untuk arnab yang sedang membesar, bunting atau menyusukan. Bagi arnab yang berumur 6 bulan kebawah Lb hanya memberikan diet pelet dan Hay Alfalfa tanpa had, dan tidak memberikan sayur sayuran, bijirin dan juga buah buahan. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih muda.
Budget.   
Sekarang Lb kongsikan BUdget atau peruntukan untuk makanan didalam rabbitry LB dalam sebulan.
Kiraan ini adalah bagi pemakanan 3 ekor arnab dalam Rabittry LB
Item
RM
Nota
Pellet
( BUnny Basic/T)
10lb ( >5kg)   
55.90
LB hanya mengunakan
> 1beg sahaja sebulan
Hay
Alfalfa/Timorty (2kg)
42.00

Sayur-
Sayuran
15.00
Anggaran RM4 seminggu
Buah
Buahan
4.00
Diberi pada hujung minggu anggara harga sepotong Betik RM1.00
Bijirin
Oat dan Barli
10.00

 
Jumlah


129.90

Purata RM 4.00 sehari untuk 3 ekor arnab LB
Pengambilan jumlah pelet juga berubah mengikut kualiti pelet tersebut.
Jadi, setelah di kira kira, tidak lah begitu banyak budget yang diperlukan, untuk memelihara arnab dengan memberikan makanan yang baik dan berkhasiat. Kenapa Lb mengatakan makanan yang baik dan berkhasiat. Dalam pemakanan arnab dan juga kita manusia, bukan kuantiti yang menentukan tahap kesihatan tetapi kualiti dan khasiat yang masuk kedalam tubuh badan

No comments:

Post a Comment